Pengertian Keyakinan & Keyakinan DiriKeyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.
Jenis-Jenis Keyakinan
Terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
- Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
- Keyakinan terhadap diri sendiri
- Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
- Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
- Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
- Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
- Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
- Kurang kemahiran dan persediaan
- Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
- Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
- Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Kurang senyum
Risau dan kelihatan risau
Gugup dan kelihatan gugup
Kurang berinteraksi
Malas bekerja atau berusaha
Cincai dan kelihatan selekeh
Suka meminta-minta
Mudah putus asa
Suka gossip dan mengumpat
Defensif dan cepat marah
Mudah atau suka berbohong
renung2knlh kal0 kawan2 ada salah satu dr punca2 di ats
c0pyrite : crazyl0nelygurlz