Saat indah datang lagi,itu yang mampu aku ucapkan. Tapi adakah saat ini hanya sementara lagi,atau kekal buat selamanya,aku sendiri pun tidak pasti.Aku gembira bila berada disisinya,melayan kerenah gilanya,yang buat aku tidak kering gusi. Dia buat aku selesa sangat,aku tidak segan untuk mempamirkan diri aku yang sebenarnya.Walaupun saat perkenalan aku dan dia hanya pada waktu yang singkat,tapi aku menghargai setiap detik bersamanya.Dia sangat matang,kalo dilihat dengan umurnya memang jauh berbeza.Aku mengenalinya di faceb0ok,saat perkenala aku dan dia sanga simple. Waktu tu,aku just approved je sesapa yang add aku. Kebetulan dimasa dia add aku,aku memang ditengah kebosanan. Aku approved dia da terus je,check profile dan photo dia.Masa tu sempat lagi aku letakk komen2 diphotonya.Aku pun xtau kenapa aku buat begitu,sebelum ni memang jarang aku nak check orang lain punye profile,tapi dengan dia..ntahle,aku sendiri xpasti.Selepas seminggu baru aku dan dia chat,tu pun sebab bosan jugak. Aku dan dia berkenalan dan bertukar nombor phone,tapi still lagi kontek biasa2 je.
1'st days lepak (10am till 2 am)
Xde le extreme sangat,pada satu ari lam 30/4/2011,dia datang dekat shopping kompleks area rumah aku. Kebetulan dia datang dengan rakannya,first time aku dan dia berjumpa. Memang agak takut tapi aku redah je.Kuatkan diri walaupun takut..hahhaha..Dia kenalkan aku dengan rakannya,tapi dengan dirinya,dia suruh aku anggap dye sebagai MUSUH,bukan kawan ye.Kitaowang lepak,tengok wayang dan jalan2,hampir satu hari jugak kitaowang dekat shopping kompleks tu.Movie THE ROOMATES,layan gak ler citer ni,sebab ada adegan yang..teetttttt...hahahhahahha.... Bila shopping kompleks da tutup kitaowang boleh lagi sambung lepak dekat salah satu kedai mamak dan pekena shisha. Mengenalinya dirinya dan rakannya buat aku release tanpa ingat benda2 yang selalu berada di dalam otakku. Hampir pukul 2 pagi baru kitaowang balik,tapi aku kesiankan dia kerana kena tempuh perjalanan yang jauh untuk pulang ke rumahnya.
2nd days lepak (6pm till 4am)
Second time lepak pada 1/5/2011.Masa ni mula plannya nak lepak dekat PD,tapi tibe2 je cancel sebab hari dah lewat dan keadaa cuaca yang agak mendung masa tu.Tapi oleh sebab selalu buat keja gila kitaowg redah jugak pergi ke tepi laut. Nak tau laut mana yang kitaowg lepak,dekat pantai M0rib je...hhahhaa...Tp enjoy jugak tau,siap ada unggun api lagi.Tapi hari tu memang mengembirakan,aku rasa macam diri aku budak2 kecil,berlari berkejara di tepi pantai. Main lawan lari dengan dia,walaupun aku kalah kan..tapi enjoy sangat2.Lepas dah bosan berlari2 cam budak2 2,tetibe je aku rasa geram nak gigit bahu orang,nak tau siapa mangsanya..mestilah dia.Dia agak terkejut,sebab dengan sepontan je aku gigit bahu dia tanpa dia sedari. Maybe sampai sekarang kesan lebam tu masih ada dekat dia. Mana xnye,boleh pulak berbaring kat tepi laut tu kan,dah macam rumah aku buat.Masa tu aku lupakan semua masalah aku evendoe badan aku penat sangat2.Tapi tempat tu agak sempoi sebab ada karaoke ditepi laut tu,jadi sambil santai tu boleh le layan lagu. Ditempat tu agak ramai orang jugak walaupun hari mendung. Masa kiteowang nak makan tu tetibe je hujan sikit,jadi lepak lak dalam kereta,sambil makan tu boleh pulak buat sesi bergambar dalam kereta..hihi..dah agak bosan lepak tepi laut tu masa on the ways balik,one our friend nak amik dia nyer hubby dekat puchong. Kitaowg pun layan je,terus rush pegi puchong walaupun xtau jalan sangat. Dah sampai dekat situ lepak lagi makan,dalam pukul 4 pagi baru sampai rumah.
3rd days (6pm till 2am)
Hari ketiga lepak dengan dia,3 ari berturut2 non stop..hahhaha..mang keja gila kan,mula2 just keluar makan je,pastu lepak dekat kedai makan sampai pukul 10pm. Dah penat lepak,ingatkan nak balik,tapi sebab dia nak amik akak dia alik dari kampung,jadi aku temankan dia jele.Sebab dia cakap bila dia balik nanti mesti akan tido punya.Jadi aku ambil keputusan untuk lepak dekat SUMMIT,mula2 just nak lepak je,tapi memandangkan hari masih awal lagi kitaowg ambil keputusa untuk tengok wayang lagi.Tapi movie tu start pukul 11.10pm jadi kiteowg layan main game dulu.Movie pe yang kiteowg layan..movie FAST AND FURIOUS 5,boleh tahan jugak cerita ni,tapi yang xbestnye kena duduk seat paling depan sekali.Memang sakit tengkuk le dibuatnya,jadi lepas ni kena pla bila ak keluar..kena beli tiket movie dulu,pastu bawa jaket dan beg..hahhhaa...tapi tu sume bukan sku yang kena buat tapi diam.Agak kejam jugak aku kan..boleh pulak aku buli dia.
FYI : untuk 3 hari berturut2 ni aku xcuti pun masuk keja kul 6 am tp still boleh buat keja macam biasa.
Jadi inilah cerita DIA,nanti kalo ada story baru lagi aku akan update DIA part 2 plak,tapi kalo musuh aku tu masih nak lepak ngan aku lagi le...hiihihii...ADIOS~~~