Saturday, 21 May 2011

diA [pArt 10]

kenangan yang indah


tanggal 18 may 2011 adalah saat yang indah dapat kukatakan..aku cukup bahagia diketika itu,terasa bagaikan dunia ini hanya wujud aku dan dia sahaja.Aku xdapat bayangkan apa perasaan aku diketika itu,rasa gembira yang teramat sangat.Dia se0rang yang sangat c0ol dan r0mantik sebenarnya.Pada ari tue baru aku dapat betul2 mengenali dan memahami isi hatinya.Sebelum ini aku ada rasa ragu2 lagi tentang dirinya,tapi selepas itu rasa ragu2 itu hilang sama sekali selepas hari itu. Actually dia se0rang yang r0mantik,cuma dia agak susah untuk menyatakan apa yang tersirat dihatinya.Dia cukup berahsia kalau mengenai isu hati ini.Dia lebih banyak memendam rahsia hatinya,tapi dengan kepakaran aku [eh pakar ke??], sedikit demi sedikit aku dapat menyungkil keluar apa yang ada dihatinya ketika ini. Aku hanya cukup berpuas hati bila dia kata dia dah mula menyangyangi diriku. Rasa sayangku mula bertambah membuak2 pada dirinya,aku cukup gembira dalam merasakan saat indah itu.Tidak terucap dengan kata2,susah untuk aku bayangkan betapa indahnya hidup aku,tidak pernah aku rasa begini sebelum ini. Aku agak pelik dengan perasaanku,kerana memang sebelum ini aku pernah menyangyangi insan lain tapi kali ini rasa sayang ini sangat berlainan sekali. Kerana rasa sayangku kali ini betul2 ikhlas dan tulus dari sudut hati ini.Selama dua hari aku dan dia habiskan masa berdua,menyelami hati dan perasaan masing2. Aku dan dia macam biasa akan buat kerja gila bila bertemu,kali ini aku dan dia,xmasuk kerja gara2 nak luangkan masa bersama. Mana xnya sebab dah seminggu aku dan dia xberjumpa,jadi bila dah berjumpa masa tue le baru nak meluahkan rasa rindu tue. Kami banyak berbincang s0al hati dan perasaan,aku cukup bertuah bila dia katakan sekarang ini baru dia dapat merasai kebahagian bagaimana ''dicintai dan menyintai''.Aku xdapat bayangan bagaimana hidup aku bila memikirkan dia tiada disisiku,akan kubuang perasaan ini jauh2 kerana aku xnak memikirkan apa yang berlaku selepas ini,kerana aku cukup takut untuk mengetahui tentang pekara2 yang buruk. Apa yang b0leh aku katakan,aku akan hargai setiap detik dan saat kami bersama. Tidak sedikit pun aku akan lupa untuk mengingati apa yang telah kami lakukan dan lalui bersama. Ia adalah satu pengalaman dan perasaan yang cukup indah bagi diriku. Cukup le kal0 kukatakan aku bahagia yang tidak terhingga bila disampingnya. Bila dia disisi semua masalah aku hilang sama sekali,cuma di dalam fikiran aku hanya dia. Walaupun aku dan dia tidak lagi declare secara rasmi tapi aku tetap bersyukur dapat mengenalinya.Aku harap dia juga bahagia dan gembira disampingku. Cuma yang b0leh aku katakan sekarang ini,hati ini terlalu menyintainya,dan aku akan pastikan bahawa cinta ini akan terus mekar dihatiku,walaupun akan ada badai dan 0mbak yang merintangi hubungan aku dan dia.Aku harap dia pun akan tabah seperti aku dan tidak cepat melatah bila ada sesuatu yang buruk terjadi.Kal0 berkemungkinan ada kejadian yang tidak disenangi berlaku,aku harap dia xkan percaya bulat2 pasal itu,aku nak dia siasat dulu dan ambil keputusan yang bijak. Telah lama kupendamkan perasaan ini,tapi hari ini aku akan luahkan semuanya..apa yang aku nak beritahu padanya adalah didalam hati ini cuma ada dia se0rang sahaja. Jikalau ada insan lain yang cuba untuk menganggu hati ini,tapi semua tue tidak aku layan kerana dia telah memenuhi keseluruhan ruang yang terdapat di hati ini. Aku terasa bagaikan mahu memberitahu satu dunia yang aku miliknya,kini dan selamanya. Ketahui bahawa "ALLY SAYA SANGAT MENCINTAI AWAK DENGAN SELURUH JIWA DAN RAGA INI" saya harap awak dapat menyangyangi saya dengan seikhlas hati awak>>>>>>>>>>